“ORANG NAK IBU, AYAH SEMULA!” MERAUNG REMAJA 14 TAHUN INI YANG HAMIL KERANA PERANGAI IBU BAPANYA..

Orang Nak Ibu, Ayah Semula!” Meraung Remaja 14 Tahun Ini Yang Hamil Kerana Perangai Ibu Bapanya..

Remaja 14 Tahun Ditiduri Berganti Lelaki. Petang semalam tiba tiba didatangi tetamu, seorang ibu membawa anak remaja berumur 14 tahun mengandung 4 bulan.

Selesai solat asar saya mendapatkan ibu. Mula mula bertanya hajat kerana saya tidak mendapat sebarang maklumat kehadiran tetamu petang itu.

Loading...

Saya yang telefon puan, 2 minggu lepas bagitahu saya nak masukkan anak saya ke sini. Polis telah keluarkan surat perintah untuk anak saya ditempatkan di Baitus Solehah.”

“Mana anaknya?”

“Didalam kereta.”

“Panggilah masuk.”

Kakak remaja umur 14 tahun pergi ke kereta, mengajak adiknya masuk. Remaja itu enggan masuk mulanya. Setelah didesak oleh kakak, baru masuk.

“Siapa nama ya?”

Loading...

Siti Sifir.”

“Siti, mari dekat sini, duduk dekat saya.”

Langsung Siti tidak bergerak. Diam membatu ditempatnya, tunduk.

“Siti nak duduk sini?”

“Nampak macam nak duduk sini ke?”

“Soalan saya , siti nak duduk sini? jawap ya atau tidak.”

“TAK NAK”.

“Puan, setiap pelatih yang datang, sukarela mahu tinggal di sini. Tidak boleh dipaksa paksa, nanti mereka akan melarikan diri. Tempat kita tak ada pengawal keselamatan dan gate kita tidak pernah berkunci. Saya tak nak menyusahkan puan kena cari, bila dia lari dari sini. Bila pelatih lari, kita tak cari, kita cuma buat laporan polis.”

“Puan, saya nak anak saya berubah, saya tak mampu didik Siti, saya mohon anak saya ditempatkan disini.”

“Puan, saya tidak ada masalah menerima Siti tinggal disini. Saya sedia didik dan bimbing Siti. Tanpa surat perintah dari polis pun selama ini saya terima sesiapa saja yang sukarela datang ke sini untuk bertaubat dan berubah. Nak berubah memang tidak boleh dipaksa paksa.”

Loading...

“Siti, duduk sini ya.”

“TAK NAK.”

“Habis tu sampai bila nak berubah?”

“Nak berubah, mana boleh paksa paksa.”

“Siti sayang anak dalam perut Siti?”

“Sayang.”

“Siti nak pelihara dia?”

“Siti solat?”

“Tak.”

“Kenapa Siti tak solat?”

“Bapak pun tak solat. Aku tak pernah tengok bapak aku solat.”

“Siti pandai baca quran?”

“TAK. Soalan apa ye yang ko tanya banyak banyak ni? Aku tak nak duduk sini la.”

“Siti, Siti nak anak siti nanti perangai dan nasibnya macam Siti?”

Siti geleng kepala.

“Siti nak jadi ibu yang baik?”

Siti angguk.

“Kalau siti nak jadi ibu yang baik, siti kena jadi anak yang baik dulu. Siti kena dengar cakap ibu, siti kena berubah.”

“Kalau siti tak berubah, macamana siti nak jadi ibu yang baik. Kenapa siti tak gugurkan aja anak ni dulu?”

“Gugurkan tu dosa. Buat apa nak tambah dosa?”

“Tak solat pun dosa juga, tak menutup aurat pun dosa juga. Berzina pun dosa juga.”

“Ha, dah banyak buat dosa, kenapa nak tambah dosa lagi dengan buang anak ni?”

“Kalau gitu Siti tinggal di sini, kita bimbing siti bertaubat, berubah jadi anak yang baik, nanti siti boleh jadi ibu yang baik.”

“TAK NAK.”

“Habis tu tadi kata sayang anak.”

“Siti mahu anak siti jadi seperti siti?”

“TAK NAK”

“Siti tingGal di sini ya. “

“Ibu, orang tak nak duduk sini, baik orang mati aja.”

“Puan bawalah balik dulu, pastikan dia berada di dalam rumah selalu. Jika terbuka hatinya, bawalah semula dia kesini.”

“Siti nak berubah ke?”

“Sebelum siti berubah, mama dengan ayah kena berubah dulu. Kenapa dah jadi macam ni semua orang sebuk nak ambil tahu. Kenapa waktu siti perlukan perhatian, takde siapa yang peduli. Ibu sebuk dengan kerja, ayah sebuk dengan isteri baru ayah.”

Rupanya anak ini terabai. Terabai perhatian dan terabai kasih sayang. Ibu dan ayah masing masing buat hal sendiri.

“Orang jeles tengok adik beradik rapat dengan ibu. Kat orang sapa pun tak peduli. Orang buat hal sendiri. Nak sekolah, tak sekolah takde sapa pun peduli. Takde sapa pun ajar orang sembahyang.”

“Ibu akui silap ibu. Salahkah ibu dengan ayah tak mampu didik Siti, ibu ayah hantar siti ke sini. Bukan ibu buang siti, tapi ibu dan ayah tak mampu beri didikan sempurna pada siti.”

“Dah terlambat ibu. Siti jadi macam ni sebab ibu yang sebuk sangat cari duit. Ayah sebuk dengan isteri dia. Sapa pun tak peduli pada siti.” Jerit dalam tangisan siti bercerita. Sambil tersedu siti meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Saya datang dekati siti, saya usap bahunya. Saya sabarkan siti. Saya nasihat dengan perlahan lahan, “Siti, semua orang ada buat salah, bila sudah sedar salahnya, orang itu mahu betulkan, kira bagus tu. Siti bersabarlah. Hati siti masih marah, siti balik rumah dulu, tenangkan diri, nanti jika duduk di dalam bilik, siti teringat nak berubah, nak datang sini, saya terima siti.”

“Puan bawa balik ke rumah dulu, pastikan siti tidak kemana mana, biarlah dia berkurung di dalam bilik asalkan dia tidak keluar rumah. Beri masa dia berfikir dahulu.”

“Balik rumah, siti google ya, cari maklumat penjagaan ibu ketika mengandung, cari pemakanan ibu mengandung supaya anak siti sihat. Siti pergi klinik, daftar buku merah. Siti ada surat rujukan dari doktor untuk daftar buku merah di klinik kesihatan.”

Siti diam. Siti tidak melawan cakap cakap saya. Siti cuma angguk dan geleng saja apa apa yang saya nasihat dan tanya. Saya berikan siti topi baby yang kecil dan comel. “Siti tengok ni, topi kecil dan comel, nanti kalau anak siti pakai, lagi comel. Siti mesti jadi ibu yang baik. Siti berubah ya. “

Ibu siti sudah lama masuk kereta. Siti bangun lambat lambat bila saya suruh balik dulu. Siti hulur tangan salam saya. Bermakna siti masih tahu adap. Siti cuma memberontak kerana diabaikan. Siti masih awal remaja dan perlukan perhatian. Saya lihat lengan siti banyak kesan calar calar, torehan dan cakaran. Siti benar benar protes.

Siti telah melalui suatu perjalanan kehidupan yang menyakitkan. Dia sering ponteng sekolah sejak umur 13 tahun lagi. Siti tidak ada teman di rumah. Jadi siti suka lepak lepak di luar. Hinggalah suatu hari ada seorang kawan lelaki siti yang berumur 18 tahun ajak siti pergi jalan jalan. Mula mula siti ingat jalan dekat dekat aja, rupanya kawan siti ajak pergi bandar. Sampai di bandar, siti jumpa pakcik kawan siti. Siti sangka pakcik yang sebaya bapa siti baik. Beri perhatian pada siti. Belanja siti makan.

Kemudian pakcik ajak Siti pergi rumahnya. Siti ikut bersama kawan lelaki siti. Hari hampir malam, pakcik cakap, siti tak payah balik dulu. Esok kawan hantar siti balik rumah. Siti pun setuju bermalam di rumah pakcik. Rupanya pakcik bukan tinggal dengan keluarga pakcik tetapi dengan beberapa orang lain kawan pakcik. Malam itu kawan pakcik temankan siti tidor di bilik sebelah. Mula mula siti menolak, tetapi kawan pakcik pandai pujuk siti. Siti termakan pujukan dan janji janji manis. Malam itu dara siti diragut oleh kawan pakcik.

Esok malamnya kawan lelaki siti pulak tidor dengan siti. Malam berikutnya pakcik pulak tidor dengan siti. Berganti ganti. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Ibu siti tak cari siti sebab fikir siti ke rumah ayahnya. Ayah siti pun tak cari siti sebab fikir, siti tinggal dengan ibu.

Hinggalah suatu hari ibu dan ayah Siti mendapat panggilan telefon dari sebuah hospital menyatakan siti sakit. Panggilan dari hospital diwaktu malam. Yang segera datang cuma ayah siti, ibu siti tidak datang.

Siti telah dihantar ke hospital oleh pakcik kerana siti semput, susah bernafas apabila dirinya telah dijadikan alat pemuas nafsu percuma oleh beberapa kawan pakcik, pakcik dan kawan lelaki siti. Mereka bergilir gilir menemankan siti tidor. Malam siti berjaga, siang siti tidor sebab penat. Makan minum pakcik sediakan. Bila siti teringat nak balik rumah, hari dah malam, mereka pujuk pujuk siti cakap tunggu siang. Bila hari hampir siang, siti penat, siti tidor seharian. Begitulah keadaan siti berminggu minggu.

Dari hospital daerah, siti dirujuk ke hospital besar , dirujuk kepada pakar perbidanan dan sakit puan. Siti tak tahu apa yang terjadi pada diri siti. Yang siti rasa seronok apabila dia disayangi, diberi perhatian, dibelai dan dijaga walaupun bukan dari ahli keluarga sendiri.

Setelah diperiksa, didapati siti mengandung, laporan polis dibuat dan siti disoal siasat. Hanya kawan siti ditahan reman sebab siti cuma kenal kawan lelakinya saja. Siti tak kenal pakcik dan kawan kawan pakcik. Apabila siti bercerita sitii tidor dengan ramai lelaki, kawan lelaki siti dibebaskan seketika kerana menunggu bukti dna anak siti dalam kandungan lahir. Semua kawan kawan pakcik dan pakcik siti tidak kenal dan mereka terlepas begitu saja.

Sebab itu polis keluarkan surat perintah meletakkan siti di bawah jagaan rumah perlindungan dan jkm. Ibu siti boleh pilih kemana dia mahu hantar siti. Ibu siti pilih ke Baitus Solehah. Ibu siti mahu siti dipulihkan melalui pendekatan agama. Tetapi siti masih keras. Siti masih memberontak menyalah ibu dan ayahnya yang menyebabkan siti jadi begini. Siti memang sudah cakap, dia tidak mahu kemana mana, mahu duduk rumah saja, “buat apa nak hidup merempat di tepi jalan kalau ada rumah. Orang nak duduk rumah la.”

Jadi saya nasihat ibu siti, “selagi siti tidak kemana mana, mungkin siti trauma, serik diperlakukan seperti pelacur tanpa bayaran, dia akan tetap berada di rumah. Jadi kawal siti di rumah dulu. Paksa siti duduk rumah perlindungan dalam keadaan hati masih panas, merasa ibu dan ayah benar benar mahu membuang dia akan lebih menimbulkan kesan jangka panjang. Sebelum ni dia pergi sendiri cari bala, bala itu telah menimpa dirinya. Jadi beri masa untuk siti hilangkan marahnya. Siti boleh berfikir dengan waras. Cuma puan kena pastikan tidak ada benda benda bahaya di dalam rumah. Lagi pun siti sudah dirujuk ke pakar psikiatri, puan wajar selalu memerhatikan siti di rumah.”

Wahai sahabat budiman, tidak perlu tuding siapa benar, siapa salah, jadikan kisah siti iktibar dalam mendidik anak. Buang sikap pentingkan diri sendiri atau mencari bahagia untuk diri sendiri hingga mengabaikan perasaan anak anak. Anak anak boleh jadi aset ke syurga atau ke neraka. Jika begini pengabaikan perasaan anak anak, mahukah anak anak begini mendoakan ibu ayahnya ketika di alam barzakh nanti. Sendiri fikir, sendiri jawap. Jangan menyesal ketika kita sudah dalam kubur.

Satu ayat yang saya terharu apabila siti berkata, “orang nak ibu dengan ayah bersama semula, orang nak ibu, orang nak ayah.” Kata siti dalam esakkan tangis.

 

Loading...